Sahabat.

APAKAH ISLAM DIANCAM ? BY WONG WAI HUNG

Saya memuji tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat laporan polis yang dilakukan terhadap sahabat pendakwah saya iaitu Zamri Vinoth. Andai beliau terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam dan undang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.

Cuma ada beberapa persoalan yang timbul;

1) Kenyataan Zamri Vinoth manakah yang menghina Hindu? Kenyataan beliau yang mengatakan Hindu sembah 330 juta tuhan atau mengatakan Siva Lingam itu adalah kemaluan tuhan mereka?

2) Adakah Zamri berbohong dan mengfitnah agama Hindu ataupun apa yang beliau katakan itu adalah sesuatu yang ada asasnya? Jikalau berbohong maka itu sesuatu yang tak patut dilakukan seorang Muslim tetapi jikalau apa yang dikatakannya ada asasnya, maka apakah berkata sesuatu yang benar itu dikira menghina?

3) Zamri direman 4 hari setelah beberapa laporan polis tetapi bagaimana dengan P Waythamoorthy & P Ramasamy, M Kulasegaran?

4) Apakah umat Islam semakin tersepit dan terancam di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Muslim manakala ekstrimis agama dan bangsa lain saban hari menghina dan mengfitnah Islam & Muslim?

5) Sehingga hari ini P Waythamoorthy tidak pernah meminta maaf ataupun sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan fitnah beliau kononnya Hindu dipaksa masuk Islam kalau mahu kerja di kerajaan dan juga tuduhan tuduhan liarnya yang lain?

6) Pembunuh Adib dalam serangan di kuil masih bebas tetapi seorang pendakwah yang tidak membunuh sesiapa dan sekadar menceritakan pengalaman lampau sebelum Islam telah ditahan?

Beberapa persoalan yang timbul setelah berdiam diri beberapa hari ini bagi menganalisis perkembangan semasa dan melihat seolah-olah Islam semakin diancam gerakan ekstrimis agama Hindu.

Sentimen yang saya terima daripada masyarakat Muslim apabila berceramah di seluruh negara adalah Islam diperlekeh dan dihina malahan ramai yang memberitahu saya setelah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan ambil alih, tindakan double standard di mana andai Muslim tindakan cepat dikenakan tetapi andai Non Muslim terutamanya ahli politik maka kes digugurkan atau tiada tindakan atau senyap.

Itu yang saya dengar dan terima dari orang ramai. Apa pendapat sahabat semua?

Telur

Derma yang Tertukar

Seorang wanita bertanya pada penjual telur yg sudah tua, “Berapa harga telur?”
Penjual telur menjawab, “Sebiji harganya 20sen, Puan.”
Wanita itu berkata, “Saya mau mengambil 6 biji tapi dengan harga satu ringgit, kalau tidak, tak jadi beli.”
Penjual telur menjawab, “Baiklah, mungkin ini permulaan yg baik kerana dari tadi tak ada satupun telur yg berhasil saya jual.”

Wanita itu mengambil telur2 tersebut dan berjalan dengan perasaan senang bahawa dia sudah menang. Kemudian dia masuk ke dalam kereta mewahnya dan pergi ke restoran bersama kawan-kawannya. Di sana, dia bersama kawan-kawannya memesan pelbagai makanan yg mereka suka. Mereka makan sedikit dan meninggalkan banyak dari apa yg sudah mereka pesan. Kemudian wanita tersebut membayar bilnya. Bilnya sebanyak rm140. Dia memberikan uang rm150 dan menyuruh restoran simpan saja bakinya.

Kejadian seperti ini mungkin selalu berlaku kepada pemilik restoran, tapi sangat menyakitkan bagi penjual telur yg sudah tua.

Moralnya adalah: “Mengapa kita selalu menunjukkan bahawa kita punya kuasa ketika kita membeli dari orang2 yg memerlukan? Dan kenapa juga kita jadi dermawan kepada orang2 yg bahkan tidak memerlukan derma dari kita?”

Suatu ketika saya pernah membaca:
“Ayahku biasa membeli barang2 kecil dari orang miskin dengan harga tinggi, walaupun dia tidak memerlukan barang2 tersebut. Kadang2 dia bahkan membayar lebih untuk itu. Aku tertarik pada hal ini dan lantas bertanya mengapa dia melakukannya? Kemudian ayahku menjawab, ‘Anakku, ini adalah sedekah yg terbungkus dengan harga diri.'”

Saya tahu anda tdk akan membahagikan tulisan ini, tapi jika anda merasa bahawa orang2 perlu mengetahuinya, maka sebarkanlah kisah ini…

Tadabbur

☆Tadabbur Kalamullah 18 Sya’ban 1440☆

إِنَّ ٱلَّذِینَ یُحِبُّونَ أَن تَشِیعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِی ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” [Surah an-Nur 19]

Kepada mereka yang suka menyebar berita bohong dan fitnah, ini amaran Allah swt bahawa mereka akan diazab dan ditimpa seksaan yang keras dan ingatlah bahawa janji Allah adalah benar. 

Hari ini kita hidup di zaman yang penuh dengan pancaroba, ujian dan cubaan. Kehidupan dihiasi dengan fitnah dan pembohongan samada dalam arena politik, kerjaya, agama, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya. Ini terjadi kerana manusia di akhir zaman tidak peduli dosa pahala, halal haram serta tidak memikirkan mengenai kehidupan selepas mati. Mereka memikirkan kepuasan hidup dan demi untuk mencapai matlamat yang dirancang tanpa peduli jalan yang benar atau jalan fitnah dan pembohongan.

Daripada Sayidina Samurah bin Jundub r.a, Nabi saw bersabda mengenai seksaan yang akan dikenakan kepada tukang fitnah dan penyebar berita bohong:

أما الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ

“Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan dicangkuk lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan dicangkuk mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan sehingga ke seluruh ufuk penjuru dunia” (HR al-Bukhari)

Ketika berdepan dengan fitnah maka seseorang itu memerlukan kesabaran yang banyak dan tinggi. Ketika para sahabat diazab dan diseksa dengan teruk pada zaman awal kebangkitan Islam di Mekah, Baginda Rasulullah saw menasihati mereka supaya bersabar. Antaranya nasihat kepada keluarga Yasir: “Bersabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya tempat balasan kamu nanti ialah Syurga” (HR at-Thabrani)

Bersabarlah wahai pejuang-pejuang Islam di akhir zaman dengan fitnah dan pembohongan yang dilontarkan kerana ganjaran yang menanti terlalu hebat dan lumayan. Sabda Rasulullah saw:

“Sesungguhnya akan datang selepas zaman kamu ini satu keadaan yang amat memerlukan kesabaran. Bersabar pada ketika itu seperti menggenggam bara api. Bagi orang yang beramal dengan (sunnah perjuangan Nabi saw) pada masa itu akan mendapat pahala seperti 50 orang. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan seperti pahala 50 orang daripada mereka?”. Sabda baginda saw lagi: “Bahkan seperti pahala 50 orang daripada kamu (yakni sahabat)” (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah. Sahih)

♡Jauhi fitnah dan pembohongan kerana azabnya terlalu keras dan tidak akan mampu untuk menghadapinya. Takutlah akan ancaman Allah. Bagi yang difitnah maka bersabarlah kerana syurga sedang menantimu. Teruskan perjuangan mendaulatkan agama Allah walau sebesar manapun badai fitnah yang datang. Allah bersamamu!!. Allahuakbar!!♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com